Isnin, 14 Mei 2012

Koleksi Jahitan Manik



Baju raya bwarna biru dan pilihan design sendiri…  mengunakan manik kristal biru dan di tambah labuci berbentuk bunga ini kepunyaan teman sekerja di LP..

Rose dari  KPM… membawa manik sendiri yg dikatakan ingin jahitnya sendiri tapi di sebabkan ketidasempatan memintanya alfinbeads menjahitkannya…. Mula pening macamana nak designkan manik2 nie.. cuba sedaya yg boleh akhirnya inilah hasilnya… Alhamdulillah teman berpuas hati..



Manik crumble yg di tambah manik Kristal berjuntai ini kepunyaan adik…. Adik pun membawa manik sendiri dan ditambah sedikit manik alfinbeads…. Design di buat dari paras dada kerana permintaan adik supaya ia kelihatan bila memakai tudung…


Matahari bersinar menerangi alam.. begitu juga manik yg mengikut corak baju ini menaikkan lagi seri baju yg agak kosong di bahagian dada…  baju ini  kepunyaan sepupu suami dari Semenyih yg ingin dipakainya sempena hari perkahwinan kakaknya…


Haaa lupa lak.. dia juga menghantar lagi sepasang baju tuk di pakai waktu pernikahan kakaknya.. yg asalnya baju ini beli siap ngan apa tu yang manik lekat.. apa org panggill… arghh time cmni lupa lak namaya.. tapi bila di pandang design manik tu sedikit senget… mmm dia x puas hati… mulanya dia pun x perasan tapi setelah di bawa balik baru perasan… so dia meminta alfinbeads mengubah sedikit… sedikit2 pun pening gakk.. cmner nak buat…. Jadi terpaksa cabut satu2 manik lekat nie… tapi x semua mana yg boleh digunakan x lah di cabut… mana yg dah di cabut saya jahitkan manik mengikut corak yg asal… dan di ubah sedikit supaya ia kelihatan tegak dan menarik…dan di tambah corak sehingga ke bahagian dada supaya ia kelihatan ketika memakai tudung…..dan inilah hasilnya….





Tiada ulasan:

Catat Ulasan